Apa khabar yer? Semenjak ESP promosi bulan mac ni, ia dah macam satu fenomena pulak. Hehee.. Mesti Shaklee kalut sekarang, sebab order ESP mesti lebih banyak berbanding bulan-bulan biasa. hehee.
Hari ni, saya nak sambung post saya sebelum ni, mengenai ciri-ciri penting yang perlu ada pada soya.
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone ~komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya.
Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia.
Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum
Antara soalan yang sering saya dapat.."Kak.. protin brand ni xxx bagus tak?".. "Kak..betul ke ESP shaklee bagus?"...
Bagus ke minum soy ni ?..blablablabla.. Hmmm..isu kat sini ialah...Bagaimana nak memilih soy protein yang bagus?kat pasaran sekarang melambak dah mcm2 jenis protein........kualiti amat penting kan kan.
Kriteria Penting Yang Perlu Ada Pada Soya Pilihan Anda
1. Kacang soya tidak organik (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) - mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi, membawa risiko kanser.
2. Kacang soya GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin.
3. 9 Asid Amino: Adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.
4. Kacang Soya diproses dengan alkohol: Mengurangkan kadar isoflavone hingga 88% . Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
5. Bahan anti-tiroid & anti-pertumbuhan: Menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.
6. Kacang soya yang dipanaskan: Merosakkan kandungan proteinnya.
7. Kacang soya yang diproses (dibuang minyaknya): Menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.
Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser disebabkan oleh soya, seperti yang digembur-gemburkan.
Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat. 🙂