Rahsia Vitamin Untuk Mendapatkan Tubuh Langsing Ala Model

Assalamualaikum dan selamat malam ...

Saya percaya ramai wanita, perempuan, remaja, anak-anak gadis di luar sana, yang teringin untuk mendapatkan tubuh badan yang langsing & ramping..

Yelah kan, kalau tubuh langsing, senang sikit nak mencari baju, sebab trend sekarang ni, lebih banyak baju yang dijual dan yang cantik & menarik, tetapi cuma sesuai di pakai oleh mereka yang bertubuh langsing.. 😉

Jadi, malam ini saya ingin berkongsi artikel yang saya perolehi dari RAPI, keluaran 15th. Sept. 2012.

Sukarnya nak turunkan berat badan. Awal-awalnya, memang ada niat dan semangat yang berkobar-kobar untuk melakukannya.

Namun, apabila kawan-kawan mengajak untuk keluar makan atau menghadiri majlis keraian yang menyediakan hidangan lazat, semangan dan niat itu terus lenyap. Impian anda untuk tampil langsing dan menawan terus hilang. Apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini?

Kajian tentang OBESITI

Kajian yang dijalankan turut menunjukkan masalah berat badan berlebihan diseluruh dunia menjangkau sehingga 1.6 billion yang melibatkan orang dewasa dan 400 billion daripadanya termasuk dalam kategori obesiti.

Menurut kajian WHO, pertubuhan kesihatan itu menjangkakan pada tahun 2015, peningkatan masalah berat badan akan bertambah 2.3 billion untuk berat badan berlebihan dan 700 billion pula dianggarkan akan mengalami masalah obesiti.

Berdasarkan kepada kajian tentang obesiti di Malaysia pada tahun 2006, 14% rakyat Malaysia mengalami obesiti dan jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun. Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan 2/5 orang dewasa atau 43% mengalami sama ada kegemukan atau masalah obesiti.

Jangan TAHAN Makan

Walau bagaimanapun, anda tidak semestinya menyekat selera anda semata-mata untuk mengelakkan pertambahan berat badan. Masih ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pengambilan lemak.

Salah satu caranya adalah dengan mengambil produk yang mampu mengurangkan penyerapan lemak makanan dalam badan. Pilihlah produk yang mengandungi serat kompleks yang mampu menarik dan mengikat lemak makanan secara efektif.

Pilihan produk daripada 100% serat semulajadi secara tidak langsung mengurangkan penyerapan kalori daripada lemak tanpa memberi sebarang kesan sampingan. Ia juga mampu memberikan rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan keinginan untuk makan juga berkurang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *