Apakah Stress?
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.
Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress.
Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, ‘tension’ atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan.
Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada ‘mood’, atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.
Setiap orang pasti ada rasa stress. Even kanak-kanak pun pandai stress, tau.. hehe.. Ramai yang stress sehingga ada yang sanggup melakukan benda-benda yang tidak sihat, bagi mengurangkan rasa stress.
Padahal, melakukan benda-benda yang tidak sihat itu sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan. Stress ini juga menyebabkan vitamin B di dalam tubuh cepat terbakar.
Tips Mengawal Rasa Stress
1. Muhasabah diri / koreksi diri
2. Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan Masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll
3. Ambil tindakan tertentu:
- Menghadiri kursus
- Dapatkan bantuan pakar
4. Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll
TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
- Ubah rutin hidup
- Latih diri dengan situasi baru
- Bertenang, sabar, kawal, abaikan
- Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
- Redha dan menerima situasi
- Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
- Rehat, bercuti atau pindah
- Bersenam
- Sedar tahap keupayaan diri
- Seimbangkan aktiviti kehidupan
- Membuat perancangan yang teratur
- Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
- Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
- Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
- Dapatkan nasihat pakar
Bagi yang muslim tu, bolehlah mengambil wuduk dan lakukan solat sunat dan membaca al-Quran.
Semoga membantu.. ![]()
Supplemen Shaklee cadangan untuk yang ada masalah stress ialah:
- B Complex: Memberikan ketenangan dengan penghasilan hormon ceria
- ESP: Penghasilan hormon serotonin yang membantu menghilangkan rasa stress
- Vita-Lea: Multivitamin dan multimineral yang kaya dengan zat dan nutrisi yang penting untuk tubuh
- Sustained Release Vita C Plus: Merupakan antioksidan yang dapat membantu menyingkirkan radikal bebas yang boleh mendatangkan bahaya kepda tubuh.