
Saya pasti, kat Malaysia ni, mesti ramai penggemar minuman berasaskan soya, tidak kira apa jua jenama pun. betul tak?
Kalau dulu, saya suka minum soya jenama yeo's, soya dalam botol, dan soya masak sendiri. hehee.. Kononnya, masa tu, masa tengah mengandung kan, ramai lah orang cadangkan suruh ambil soya kalau nak anak kulit putih. hehee..
Saya dengar memang excited sangat. Maklumalah mengandung anak sulung, lepas imagine pula kulit anak cerah macam orang korea.. memang tak tahan..hahaa.. lucu sangat. masa tu, memang rajin beli kacang soya then masak kat rumah.
Ingat yer, kacang soya tak boleh makan mentah tau. Sebab bila di makan mentah, ia bersifat macam racun. Jadi, untuk makan, memang kena masak dulu. Jadi, beringat-ingat yer puan, kalau ada beli kacang soya tu.
kalau ada anak kecil, jangan biarkan diaorang makan kacang soya. Ia tak boleh di makan mentah-mentah. Tapi, bila di proses macam di masak ke, di tapai ke, yang tu, insha Allah selamat. 🙂
Bercerita tentang maklumat penting ni, anda kena baca maklumat yang ada pada minuman atau makanan berasaskan soya yang anda beli.
Adakah kacang soya kegemaran anda ...
- Ditanam secara organik?
- Tidak menjalani proses genetik?
- Mengandungi 9 asid amino penting?
- Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasinkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
- Bahan anti-tiroid atau anti-pertumbuhan disingkirkan?
- Diproses tanpa haba?
- Ditambah dengan kalsium? (Ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid - perlu dineutralkan dengan kalsium)
Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakkan TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.
Oleh sebab maklumat inilah, saya membuat keputusan untuk mengambil soya ESP sahaja, sebab ESP Shaklee, semua maklumat yang perlu tahu, jawapannya ialah YA. hehee.. bagaimana dengan puan? 😉