Manfaat Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Assalamualaikum semua,

Saya pasti ramai yang gemar makan buah limau, betul tak? Buah limau adalah salah satu sumber kepada vitamin C ataupun dikenali sebagai asid askorbik.

Bahkan, vitamin C juga banyak dimasukkan ke dalam produk-produk kecantikan. Malahan, suntikan vitamin C pun ada.hehee.. hebatkan vitamin C ni. 🙂

Vitamin C ni sebenarnya memainkan banyak peranannya untuk kesihatan tubuh kita. Tetapi, vitamin C adalah terlalu mudah untuk 'termusnah' pada suhu yang sangat tinggi.

Jika cuaca tempat kita terlalu panas, jadi vitamin C juga akan musnah. Bahkan, vitamin C adalah vitamin larut air, di mana, kita perlu mengambilnya setiap hari daripada sumber-sumber makanan.

Antara peranan penting vitamin C untuk kecantikan kulit adalah:

  • membuatkan kulit lebih cerah
  • membuatkan kulit lebih sihat dan bercahaya
  • ia membantu memperbaiki keadaan kulit yang kusam dan pucat
  • ia melindungi kulit dari radikal bebas
  • ia melindungi kulit dari kesan pengaruh UV B
  • ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen
  • ia bertindak sebagai anti-oksidan
  • ia bertindak sebagai anti-penuaan

Oleh kerana vitamin C musnah terlalu cepat, Shaklee telah mencipta satu produk vitamin C yang di panggil sebagai Sustained Release Vita-C Plus

Sustained release bermaksud perlepasan vitamin C ke dalam tubuh secara perlahan-lahan.

Bukan itu sahaja, vitamin C shaklee juga diperkayakan dengan bioflavonoids yang sangat penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan vitamin C keatas tubuh.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *