Senggugut adalah perkara biasa yang berlaku pada mana-mana wanita ketika sebelum period atau period hari pertama. Ia adalah berbeza bagi setiap wanita. Bukan itu sahaja, malahan, kadar kesakitan semasa senggugut juga tidak sama.
Ada sesetengah wanita cuma mengalami sakit senggugut bahagian pinggang, tetapi masih mampu melakukan kerja. Kadang-kadang, ada sesetengah wanita yang mengalami sakit senggugut yang teruk sehingga mereka rasa sukar untuk bangun atau melakukan apa-apa perkerjaan. Bagi yang bekerja, ambil MC lah jawabnya.. hehee
Pernah tak anda mendengar bahawa, ada orang memberitahu bahawa jika seseorang wanita semasa masih bujang ada mengalami senggugut yang teruk, dia kemungkinan akan mengalami masalah kesuburan.
Namun, ini tidak semestinya benar kerana ada senggugut yang hilang setelah berumahtangga, malahan mereka juga melahirkan anak.
Namun begitu, sebahagian kecil akan mengalami masalah kesuburan dan mudah gugur jika senggugut itu berterusan selepas berkahwin. Senggugut jenis ini selalunya dikaitkan dengan penyakit endometriosis.
Menurut pakar, senggugut mungkin berlaku, kerana banyak urat darah vena yang bengkak dan membesar di sekeliling pangkal rahim. Ia diumpamakan seperti penyakit migrain yang melibatkan urat-urat darah dalam kepala. Selain itu, senggugut juga dikaitkan dengan masalah vasopressin dan hormon prostaglandin yang ada dalam sistem peranakan wanita.
Kebiasannya, bagi mereka yang mengalami period pain, saya akan cadangkan mereka untuk mengambil set period pain.
Dalam Period Pain Set, terdiri daripada 3 jenis supplemen, iaitu:
1. GLA Complex - wanita yang alami senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik dengan baik untuk menjadi GLA. Pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.
2. Ostematrix - Sebelum haid bermula, paras kalsium akan menurun dan menyebabkan gangguan emosi. Bekalan kalsium tambahan dapat kurangkan turun naik perasaan.
3. B Complex - Vitamin B5, B6 dan B12 sangat berkesan untuk mengatasi masalah senggugut.
