Tahukah anda, kenapa berlakunya senggugut setiap kali period? Senggugut ini berlaku disebabkan oleh pengucupan dinding rahim yang amat kuat.
Proses ini bertujuan bagi mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaanya, dinding rahim yang dimiliki oleh remaja masih sempit. 🙂
Senggugut terbahagi kepada dua, iaitu senggugut primer atau dikenali sebagai primary dysmenorrhea.
Senggugut Primer
- Ia biasanya berlaku dikalangan remaja yang baru datang haid.
- Senggugut jenis ini biasanya akan berkurangan atau hilang selepas wanita itu berumahtangga atau selepas melahirkan anak.
- Ia adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin dan vasopressin yang berlebihan oleh badan.
- Kesakitan ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim dan biasanya menyerang pada hari pertama dan kedua period.
- Kesakitan ini diikuti oleh rasa mabuk, muntah atau cirit birit.
- Biasanya, mereka akan kelihatan pucat dan lembab serta pening-pening.
- Pengambilan vitamin B6 kira-kira 50 mg dan 100 mg, boleh membantu mengurangkan kesakitan ini.
- Kesakitan ini akan beransur kurang apabila wanita itu mencecah usia matang sekitar 20-an.
Senggugut Sekunder (primary spasmodic dysmenorrhea)
- Ia dikatakan berkait rapat dengan penyakit organik
- Ia biasanya disebabkan oleh endometriosis, adenomyosis, pelvic inflammatory disease, polip dalam rahim, ketumbuhan fibroid, jangkitan pada pangkal rahim, alat pencegah kehamilan (copper IUCD) dan Irritable bowel disease. Pendek katan, apa sahaja penyakit daripada pangkal rahim, rahim, saluran fallopio atau ovari boleh menyebabkan senggugut jenis ini.
- Antara tanda-tanda yang sering di alami adalah kesakitan melampau di bahagian ari-ari dan pinggang sebelum kedatangan haid. Ia biasanya dialami oleh kebanyakkan wanita terutama mereka yang sedang meningkat remaja.
- Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan.
- Senggugut jenis ini, mungkin tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak.
Jadi, kalau anda atau anak anda mengalami senggugut sekunder, jangan abaikan yer. Sebab kita tak tahu, samada ia boleh mengundang penyakit pangkal rahim atau cuma senggugut biasa.