Bahaya Sakit Pundi Hempedu Dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum,

Penyakit yang jarang kita dengar, kadang-kadang membuatkan kita mudah mengambil ringan. Samalah dengan penyakit yang melibatkan sistem penghadaman kita. Jadi, saya nak share mengenai masalah sistem penghadaman seperti sakit pundi hempedu. Mudahan, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Di Petik dari Utusan.Com

Soalan: 

Saya kerap mengalami sakit perut, dan didiagnosis menghidap radang pundi hempedu. Apakah punca-punca permasalahan ini? Bolehkah ia menjadi lebih buruk? Adakah pilihan lain selain menjalani pembedahan membuang pundi hempedu?

Hasmah Latib

Jawapan:

Pundi hempedu adalah organ kecil berhampiran dengan hati yang berperanan mencernakan makanan. Ia mengandungi bendalir penghadaman dikenali sebagai hempedu, yang disalurkan ke dalam usus kecil untuk membantu penghadaman kita.

Keradangan pundi hempedu juga dikenali sebagai Cholecystitis, dan disebabkan oleh batu karang. Batu karang akibat ketidakseimbangan dalam bahan-bahan seperti hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain, ataupun disebabkan oleh ketidakupayaan pundi hempedu untuk mengosongkan pundi dengan betul.

Batu karang kemudiannya menghalang tiub yang membawa hempedu daripada pundi hempedu, dan seterusnya menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami. Cholecystitis juga mungkin disebabkan oleh masalah atau ketumbuhan pada salur tersebut.

Lain-lain aduan lazim tentang Cholecystitis termasuklah loya dan muntah-muntah. Ada juga yang mungkin mengalami demam, sakit teruk semasa menarik nafas yang dalam, serta kesakitan selama lebih daripada 8 jam, terutama selepas setiap hidangan.

Anda boleh merawat keradangan pundi hempedu dengan membuang batu karang tesebut, yang boleh dilakukan dengan menggunakan sejenis asid hempedu. Asid hempedu ini dipanggil asid ursodeoxycholic (ursodiol), dan digunakan untuk membantu melarutkan batu karang kolesterol dan mengurangkan gejala-gejala masalah ini.

Bagaimanapun, rawatan ini hanya digunakan jika tiada tanda-tanda jangkitan seperti demam dan mengigil. Jika ianya disyaki sebagai jangkitan, antibiotik akan diberi terlebih dahulu.

Membuang pundi hempedu melalui pembedahan biasanya dicadangkan oleh pakar perubatan, apatah lagi jika anda kerap mengalami keradangan pundi hempedu. Pembedahan ini dikenali sebagai Cholecystectomy, yang menggunakan sama ada Laparoskopi (beberapa luka kecil), atau Laparotomy (pembedahan terbuka dengan insisi yang lebih besar) untuk membuang pundi hempedu.

Tanpa rawatan yang sepatutnya akan membawa kepada Cholecystitis jangka panjang atau kronik, yang berlaku apabila pundi hempedu masih bengkak dalam jangka masa panjang, menyebabkan dinding pundi hempedu untuk menjadi tebal dan keras.

Supplemen Shaklee Cadangan Untuk Masalah Pundi Hempedu

  1. Vivix : Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. Lecithin : Mengemulsi kolesterol berlebihan menghalang batu karang
  3. Alfalfa Complex : Detoks
  4. Carotomax : Antioksidan
  5. B Complex : Metabolima kolesterol, hati & fungsi pundi hempedu
  6. Vitamin C : Kekurangan vitamin C menyebabkan batu karang
  7. Vitamin E : Mencegah lemak menjadi tengik
  8. Herb-Lax :  Membersihkan usus, detoks

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *