Resepi Untuk Si Manja: Bubur Nasi Tomato Kentang

 Assalamualaikum,

Masih lagi pening untuk mencari resepi yang sesuai untuk si manja yang baru berusia 6 bulan? Jom cuba resepi ini. 🙂

Bubur Nasi Tomato Kentang

Bahan-Bahan:

  • Bubur nasi secukupnya
  • 1 biji tomato sederhana besar / di cincang
  • 1 biji ubi kentang
  • Air rebusan ayam

Cara Memasak:

  • Rebus ubi kentang dan kukuskan tomato
  • Kemudian, masukkan ubi kentang  dan tomato ke dalam periuk berisi bubur nasi.
  • Seterusnya, masukkan air rebusan ayam dan didihkan serta lenyekkan ubi kentang sehingga hancur.
  • Akhir sekali, masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus. 
  • Sedia untuk disuapkan kepada si kecil.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *