Sebagai wanita muslimah, sudah pasti terdetik di hati, apakah amalan-amalan oleh ibu-ibu para ulama, sehingga mampu melahirkan anak seperti Imam Syafie, Imam Hambali, Imam Maliki dan ramai lagi ulama yang terkenal dengan kebijaksaan mereka.
Saya ingin kongsikan bersama anda, apakah amalan yang di lakukan oleh Ibu Imam Syafie ketika menyusukan beliau. InsyaALLAH, semoga kita juga turut diberi kekuatan dan kemampuan untuk mengamalkannya..
- Menyusukan Imam Syafie dalam keadaan berwudhu'
- Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
- Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
- Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
Berkat amalan ini, Imam Syafie berjaya menghafaz Al-Quran ketika beliau berusia 6 tahun.
Jom sama-sama kita amalkan amalan ibu imam syafie ini, mudahan anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah seperti Imam Syafie. 🙂